Ruangan Bantuan Jana-Wang-Adsense.com

Tarikh Kemaskini : Mei 15, 2008

Pelanggan Yang Dihormati,

Anda diminta berkerjasama untuk membaca notis dibawah sebelum menghantar sebarang pesanan.

Halaman Ruangan Bantuan ini adalah dibawah kelolaan Ahmad Munawwar & JWA Team yang akan membantu menjawab pesanan yang anda sampaikan bergantung kepada keperluan pesanan anda.

Syarat menghantar pesanan:

  1. Anda diminta untuk memilih kategori pesanan yang betul untuk memudahkan rujukan kami menjawab soalan yang dikemukakan.

  2. Sila pastikan anda memberikan pesanan yang lengkap. Jangan sekadar menghantar pesanan yang terlalu ringkas dan umum seperti "saya tak boleh download", "saya tak dapat install", atau "saya tak boleh baca ebook". Hantarkan butiran lengkap pesanan anda sebagai contoh, jika anda menghadapi masalah download, nyatakan apakah produk download tersebut, apakah alamat download, masa anda cuba download. Ini memudakan kami membantu anda menyelesaikan masalah anda secepat & sebaik mungkin.

  3. Jika anda telah memberi respon terhadap jawapan kami, namun tiada maklum balas yang seterusnya daripada pihak kami dalam TEMPOH 3 HARI, sila hantarkan pesanan baru semula. Kami khuatir data pesanan lama anda tidak masuk ke dalam database kami.

  4. Anda diminta untuk membuat keputusan yang rasional dalam meletakkan priority kepada setiap pesanan anda. Setkan priority "Sangat Penting", "Penting" atau "Sederhana" bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi.

  5. Untuk makluman anda, tidak ada "penalty charge" dikenakan pada pesanan yang lambat dijawap kerana khidmat bantuan ini diberikan secara percuma seumur hidup demi untuk membantu anda sebaik mungkin.

Kerjasama anda amat kami hargai memandangkan MASA anda amat berharga begitu juga dengan kami. Jadi pastikan segala pesanan yang dihantar LENGKAP dengan disertakan maklumat yang diperlukan.

Sistem ruangan bantuan ini berfungsi 24jam setiap hari dimana anda boleh menghantar pesanan anda pada bila - bila masa sahaja. Pihak kami akan menjawab pesanan anda dengan kadar yang segera NAMUN SELEWAT - LEWATNYA pesanan anda dijawab adalah dalam tempoh 3 hari waktu bekerja. Pihak kami juga insan biasa dan bukan bekerja 24 jam setiap hari di depan komputer.

Walaubagaimanapun, jika lebih daripada 3 hari pesanan anda tidak dijawab, sila hantarkan pesanan baru. Kami khuatir pesanan anda tidak termasuk ke dalam sistem database kami.

Klik di sini untuk menghantar pesanan anda

Klik di sini untuk melihat pesanan anda yang lepas

line breaker

Halaman Utama :: Tempahan Pakej :: Terma & Syarat :: Support :: Bengkel :: Blog

Jana Wang Adsense Team
Section 4, Taman Prima Saujana
43000, Kajang, Selangor
Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2007-2008 oleh Jana-Wang-Adsense.com

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape